Nokia 603 - Hak cipta dan notis lain

background image

Hak cipta dan notis lain

PENGISYTIHARAN PENGESAHAN

132 Hak cipta dan notis lain

background image

NOKIA CORPORATION dengan ini mengisytiharkan bahawa produk RM-779 ini mematuhi keperluan yang penting dan

peruntukan Arahan 1999/5/EC berkaitan yang lain. Satu salinan Pengisytiharan Kepatuhan ini boleh didapati di http://

www.nokia.com/global/declaration/declaration-of-conformity .

Untuk produk dalam pasaran sebelum 1 Julai 2012, simbol isyarat perlu digunakan untuk menunjukkan pengehadan

penggunaan kefungsian Wi-Fi di Perancis. Menurut Perintah EU 2009/812/EC, selepas 1 Julai 2012, simbol isyarat tidak lagi

digunakan untuk kefungsian Wi-Fi dalam produk ini dan dengan ini boleh diabaikan walaupun ia masa ada pada peranti.

© 2011-2012 Nokia. Semua hak terpelihara.

Nokia dan Nokia Connecting People adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Nokia Corporation. Nokia tune

adalah cap bunyi Nokia Corporation. Lain-lain nama produk dan nama syarikat yang disebut di sini berkemungkinan adalah

tanda dagangan atau nama dagangan pemilik masing-masing.

Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan sebahagian atau semua kandungan dokumen ini dalam

apa juga bentuk tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Nokia adalah dilarang. Nokia mengamalkan

dasar pembangunan berterusan. Nokia berhak membuat perubahan dan peningkatan kepada sebarang produk yang

diperihalkan di dalam dokumen ini tanpa pemberitahuan terdahulu.

Dolby dan simbol dua D adalah tanda dagangan Dolby Laboratories.

Dihasilkan di bawah lesen daripada Dolby Laboratories.

Oracle dan Java adalah tanda dagangan berdaftar Oracle dan/atau anggota gabungannya.

Tanda perkataan dan logo Bluetooth adalah milik Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda sedemikian oleh Nokia

adalah di bawah lesen.

Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Visual MPEG-4 (i) untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial yang

berkaitan dengan maklumat yang telah dikodkan dengan mematuhi Piawai Visual MPEG-4 oleh pengguna yang terlibat dalam

kegiatan peribadi dan bukan komersial dan (ii) untuk kegunaan yang berkaitan dengan video MPEG-4 yang disediakan oleh

pembekal video berlesen. Tiada lesen akan diberikan atau tersirat untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat tambahan,

termasuk yang berkaitan dengan kegunaan promosi, dalaman dan komersil boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC. Lihat

http://www.mpegla.com.

Hingga setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa, Nokia atau mana-mana pemegang

lesennya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan data atau pendapatan atau apa-apa kerosakan khas,

sampingan, turutan atau tidak langsung yang berlaku dalam apa jua keadaan sekali pun.

Isi kandungan dokumen ini dibekalkan "sebagaimana adanya". Kecuali seperti yang dituntut oleh undang-undang yang

berkuat kuasa, tiada sebarang jenis jaminan, sama ada yang nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada,

jaminan tersirat bagi keperdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu, dibuat berkaitan dengan ketepatan,

kebolehpercayaan atau kandungan dokumen inI. Nokia berhak untuk menyemak dokumen ini atau menariknya balik pada

bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Ketersediaan produk, ciri, aplikasi dan perkhidmatan mungkin berbeza-beza mengikut daerah. Untuk mendapatkan

maklumat lanjut, hubungi penjual Nokia anda atau pembekal khidmat anda. Peranti ini mungkin mengandungi barangan,

teknologi atau perisian yang tertakluk kepada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negara-

negara lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah dilarang.

Nokia tidak memberikan waranti atau menganggung sebarang tanggungjawab untuk kefungsian, kandungan, atau sokongan

pengguna akhir bagi aplikasi pihak ketiga yang diberikan bersama peranti anda. Dengan menggunakan aplikasi ini, anda

Hak cipta dan notis lain 133

background image

mengakui bahawa aplikasi diberikan seperti sedia ada. Nokia tidak membuat sebarang perwakilan, memberikan waranti, atau

menganggung sebarang tanggungjawab untuk kefungsian, kandungan, atau sokongan pengguna akhir bagi aplikasi pihak

ketiga yang diberikan bersama peranti anda.

NOTIS FCC/INDUSTRI KANADA
Peranti ini mematuhi bahagian 15 peraturan FCC dan standard RSS dikecualikan lesen Industry Canada. Operasi adalah

tertakluk kepada dua syarat yang berikut: (1) Peranti ini mungkin tidak menyebabkan gangguan yang berbahaya, dan (2)

peranti ini mesti menerima sebarang gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi

yang tidak diingini. Peranti anda mungkin menyebabkan gangguan TV atau radio (contohnya, semasa menggunakan peranti

berdekatan dengan peralatan yang menerima). Jika anda perlukan bantuan, hubungi kemudahan servis tempatan

anda.Sebarang perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan secara nyata oleh Nokia boleh membatalkan

kebenaran pengguna untuk menggunakan peralatan ini.

/Keluaran 3.0 MS

134 Hak cipta dan notis lain