Bayar dengan telefon anda
Terlupa dompet atau beg tangan anda di rumah? Tiada masalah – anda boleh
membayar dengan telefon anda atau menggunakannya sebagai tiket, jika disokong
oleh pembekal khidmat rangkaian anda.
Untuk mengetahui perkhidmatan yang mana tersedia dalam kawasan anda, hubungi
pembekal khidmat rangkaian anda. Anda memerlukan SIM yang menyokong NFC.
Perkhidmatan terikat dengan SIM anda.
Bermula
1 Untuk mengaktifkan perkhidmatan, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda.
2 Pilih >
Tetapan
.
3 Pilih
Kesambungan
>
NFC
>
Kad
>
Aktif
.
Tetapkan telefon anda untuk bertanya sebelum membenarkan sebarang transaksi
kad
Pilih
Tanya sblm m'gunakan kad
>
Ya
.
Nota: Jika tetapan ini tidak aktif, telefon anda tidak meminta pengesahan sebelum
membenarkan transaksi kad, walaupun apabila telefon atau kekunci dan skrin anda
dikunci.
Bayar dengan telefon anda
1 Sentuh pembaca dengan kawasan NFC telefon anda.
2 Untuk membenarkan transaksi kad, pilih
Ya
. Selepas pengesahan, anda
mempunyai masa yang pendek untuk membuat bayaran.
3 Sentuh pembaca sekali lagi. Pembekal khidmat anda mungkin meminta anda
untuk mengesahkan bayaran.
Hiburan
95
Menggunakan perkhidmatan bayaran atau tiket Komunikasi Medan Dekat (NFC) serasi
pembekal khidmat anda dengan telefon ini memerlukan langganan perkhidmatan
dengan pembekal khidmat anda dan pemasangan aplikasi pembekal khidmat anda.
Aplikasi dan perkhidmatan bayaran dan tiket disediakan oleh pihak ketiga. Nokia tidak
memberikan sebarang waranti, atau menganggung sebarang tanggungjawab
terhadap sebarang aplikasi dan perkhidmatan sedemikian termasuk sokongan
pengguna akhir, kefungsian atau sebarang transaksi kewangan atau kerugian nilai
wang. Sandarkan telefon anda dan hubungi pembekal khidmat anda sebelum
memberikan telefon anda untuk diperbaiki atau disenggarakan untuk memastikan
ketersediaan perkhidmatan bayaran atau tiket selepas pembaikan atau
penyenggaraan. Anda mungkin perlu memasang semua aplikasi pembayaran atau
tiket pihak ketiga selepas pembaikan atau penyenggaraan. Untuk sebarang soalan
mengenai aplikasi dan perkhidmatan bayaran atau tiket, hubungi pembekal khidmat
anda.