Mengenai pemain DLNA
Pilih >
Pmn DLNA
.
Adakah anda ingin melihat foto atau video dalam telefon anda pada peranti lain,
seperti TV anda? Atau dengarkan muzik pada telefon anda melalui stereo rumah
anda? Dengan Pmn DLNA, anda boleh strim kandungan media kepada peranti secara
wayarles DLNA anda.
Anda perlukan yang berikut:
•
Rangkaian Wi-Fi. Untuk hasil yang terbaik, penghala wayarles anda perlu
disambungkan ke peranti DLNA anda pada sambungan kabel.
•
Wi-Fi dihidupkan dalam telefon anda dan telefon perlu disambungkan ke
rangkaian Wi-Fi yang sama yang peranti DNLA anda dihidupkan.
Terdapat empat jenis peranti DLNA yang berlainan: Jika anda boleh bersambung
kepada peranti pada telefon anda dan boleh mengawal penstriman, peranti adalah
pemapar. Jika anda boleh melihat media pada telefon anda dari peranti anda, peranti
adalah pemain. Untuk mengetahui jenis peranti DLNA yang anda ada, anda juga boleh
menyemak panduan pengguna peranti.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk menyediakan sambungan
Wi-Fi, pergi ke www.nokia.com/support.