Kongsi foto atau video secara terus dari kamera
Ingin berkongsi tangkapan terbaik bersama rakan anda? Muat naik foto atau video
anda ke perkhidmatan rangkaian sosial.
1 Untuk membuka kamera, tekan kekunci kamera.
2 Selepas mengambil foto atau merakam video, pilih , ketik skrin untuk
menunjukkan bar alat dan pilih
>
Kongsi
.
Petua: Jika anda sudah mendaftar masuk ke perkhidmatan rangkaian sosial, anda
boleh berkongsi terus pada perkhidmatan tersebut. Pilih , ketik skrin untuk
menunjukkan bar alat dan pilih ikon perkhidmatan pada bar alat foto.
Apabila anda berkongsi foto atau video anda buat kali pertama, anda mungkin
perlu mendaftar masuk ke perkhidmatan rangkaian sosial. Anda hanya perlu
mendaftar masuk pada kali pertama anda berkongsi sesuatu.
3 Tambah komen jika anda inginkan dan pilih
Kongsi
.
Bukan semua perkhidmatan rangkaian menyokong semua format fail atau video yang
dirakam dalam kualiti tinggi.
Petua: Anda juga boleh berkongsi foto dan video anda dengan telefon lain yang
menyokong NFC. Untuk berkongsi, selepas mengambil foto atau merakam video,
sentuh telefon lain dengan kawasan NFC.
Menggunakan perkhidmatan atau memuat turun kandungan mungkin menyebabkan
pemindahan data yang banyak, yang mungkin mengakibatkan kos lalu lintas data.
84
Kamera dan foto