Petua foto
Untuk membuka kamera, tekan dan tahan kekunci kamera.
•
Gunakan kedua-dua belah tangan untuk memastikan kamera tidak bergerak.
80
Kamera dan foto
•
Jika anda tidak menggunakan kamera selama seminit, ia akan ditidurkan. Untuk
membangunkan kamera, tekan kekunci kamera seketika.
Untuk mendapatkan foto terbaik, seperti yang anda inginkan, pilih apa yang anda suka
– kamera menawarkan anda tiga mod tangkapan berlainan:
•
Jika anda lebih suka kamera menentukan tetapan terbaik, gunakan mod
Automatik. Anda hanya perlu halakan dan tangkap gambar.
•
Mod Pemandangan menawarkan anda beberapa pemandangan sedia ada untuk
pelbagai situasi.
Contoh: Mod landskap: untuk memfokus pada pemandangan jauh. Mod salji:
untuk persekitaran yang sangat putih. Mod lampu tumpu: di konsert di mana
penghibur berada di bawah lampu tumpu, di depan latar belakang gelap.
•
Mod Kreatif membolehkan anda menentukan tetapan kamera dengan sendiri dan
menyimpan profil tetapan berlainan untuk penggunaan mudah kemudiannya.
Untuk menukar mod tangkapan, pilih . Jika perlu, ketuk bahagian kanan skrin untuk
membiarkan tetapan.