Simpan maklumat lokasi pada foto dan video anda
Adakah anda ingin tahu dengan tepat di mana anda berada semasa anda mengambil
foto atau merakam video tertentu? Atau anda tidak ingin memasukkan maklumat ini
dalam foto atau video anda? Tukar tetapan rakaman lokasi dalam telefon anda.
Aktifkan atau nyahaktifkan rakaman lokasi
1 Pilih >
Tetapan
dan
Privasi
.
2 Tukar
Spn mklmt lokasi dlm Kmera
kepada
Ya
atau
Tidak
.
Maklumat lokasi boleh dilampirkan pada foto atau video, jika lokasi anda boleh
ditentukan menggunakan GPS atau kaedah rangkaian. Jika anda berkongsi foto atau
video yang mengandungi maklumat lokasi, maklumat lokasi mungkin dapat dilihat
oleh orang yang melihat foto atau video tersebut. Anda boleh mematikan geotag
dalam tetapan kamera.
Ia mungkin mengambil masa beberapa minit untuk mendapatkan koordinasi lokasi
anda.
Ketersediaan dan kualiti isyarat GPS mungkin terjejas akibat lokasi anda, kedudukan
satelit, bangunan, halangan semula jadi, keadaan cuaca dan pelarasan pada satelit
GPS yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat. Isyarat GPS mungkin tidak tersedia
di dalam bangunan atau di bawah tanah.
Jangan gunakan GPS untuk pengukuran lokasi yang tepat, dan jangan sekali-kali
bergantung sepenuhnya pada maklumat lokasi yang diberikan oleh GPS dan rangkaian
selular.