Mengenai Bluetooth
Pilih >
Tetapan
>
Kesambungan
>
Bluetooth
.
Kesambungan 111
Anda boleh menyambung secara wayarles ke peranti serasi yang lain, seperti telefon,
komputer, alat dengar dan kit kereta.
Anda boleh menggunakan sambungan untuk menghantar item dari telefon anda,
menyalin fail dari PC serasi anda dan mencetak fail dengan pencetak serasi.
Memandangkan peranti dengan teknologi wayarles Bluetooth berkomunikasi
menggunakan gelombang radio, ia tidak perlu berada dalam garis nampak. Walau
bagaimanapun, mesti berada dalam 10 meter (33 kaki) daripada satu sama lain,
walaupun sambungan mungkin tertakluk kepada gangguan daripada halangan seperti
dinding atau dari peranti elektronik lain.
Apabila telefon anda dikunci, hanya sambungan kepada peranti yang dibenarkan
dapat dilakukan.
Petua: Anda juga boleh mengurus sambungan Bluetooth anda dalam menu status.
Untuk membuka menu status, sapu ke bawah dari kawasan pemberitahuan,
kemudian, pilih
Bluetooth
. Jika Bluetooth tidak dipaparkan, pilih .
Petua: Anda boleh menambah widget Bluetooth pada skrin utama. Untuk
menghidupkan atau mematikan Bluetooth dengan cepat, pilih widget.
Mengendalikan peranti dalam mod tersembunyi adalah cara yang lebih selamat bagi
mengelakkan perisian berniat jahat. Jangan terima permintaan sambungan Bluetooth
daripada sumber yang anda tidak percaya. Anda juga boleh mematikan fungsi
Bluetooth apabila anda tidak menggunakannya.