Sambungan VPN
Pilih >
Tetapan
dan
Kesambungan
>
VPN
.
110 Kesambungan
Anda memerlukan sambungan rangkaian persendirian maya (VPN) untuk, contohnya,
menyemak imbas intranet syarikat anda atau mengakses mel kerja anda dari jauh.
Dasar VPN menentukan bagaimana data disulitkan dan bagaimana syarikat anda
mengesahkan telefon anda. Untuk mengkonfigurasi klien VPN, sijil dan dasar, hubungi
jabatan IT syarikat anda. Selepas memasang dasar, kaedah sambungan VPN ditambah
pada destinasi intranet secara automatik.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, cari VPN mudah alih di www.nokia.com/
support.
Penting: Kewujudkan sijil mengurangkan dengan ketara risiko yang terlibat dalam
sambungan jauh dan pemasangan perisian. Untuk mendapatkan faedah keselamatan
yang dipertingkatkan, sijil mesti digunakan dengan betul, dan ia mesti betul, tulen,
atau dipercayai. Sijil mempunyai jangka hayat yang terbatas. Jika ia telah tamat
tempoh atau tidak sah, periksa sama ada tarikh dan masa semasa pada peranti anda
adalah betul.
Sebelum mengubahsuai sebarang tetapan sijil, anda mestilah mempercayai pemilik
sijil dan sijil benar-benar kepunyaan pemilik yang disenaraikan.