Nokia 603 - Keselamatan bateri

background image

Keselamatan bateri
Sentiasa matikan peranti dan tanggalkan pengecas sebelum mengeluarkan bateri. Apabila anda mencabut pengecas atau

aksesori, pegang dan tarik palam, bukan kordnya.

Apabila pengecas anda tidak digunakan, cabutnya daripada palam elektrik dan peranti. Jangan biarkan bateri yang telah

dicas penuh tersambung kepada pengecas, kerana pengecasan berlebihan boleh memendekkan hayat bateri. Jika dibiarkan

tanpa digunakan, bateri yang dicas penuh lama kelamaan akan hilang casnya.

Sentiasa cuba kekalkan bateri antara 15°C dan 25°C (59°F dan 77°F). Suhu yang melampau mengurangkan keupayaan dan

jangka hayat bateri. Peranti dengan bateri yang sejuk atau panas mungkin tidak akan berfungsi buat sementara waktu.

Melitar pintas secara tidak sengaja boleh berlaku apabila objek logam menyentuh jaluran logam pada bateri, contohnya, jika

anda membawa bateri gantian dalam poket anda. Melitar pintas boleh merosakkan bateri atau objek yang menyambungkan.

Jangan buang bateri di dalam api kerana ia boleh meletup. Buang bateri menurut peraturan tempatan. Kitar semula bila

boleh. Jangan buang sebagai sisa rumah.

Jangan hapus, kerat, buka, musnah, bengkok, tebuk, atau cincang sel atau bateri. Sekiranya bateri bocor, jangan biarkan

cecair bateri menyentuh kulit atau mata. Sekiranya perkara ini berlaku, basuh segera bahagian yang berkenaan dengan air,

atau dapatkan bantuan perubatan.

Maklumat produk dan keselamatan 129

background image

Jangan ubah suai, mengilang semula, cuba untuk memasukkan objek asing ke dalam bateri, serta merendam atau

mendedahkannya pada air atau cecair yang lain. Bateri boleh meletup jika rosak.

Gunakan bateri dan pengecas untuk tujuan kegunaannya sahaja. Penggunaan tidak wajar, atau penggunaan bateri atau

pengecas yang tidak serasi boleh mengakibatkan risiko kebakaran, letupan, atau bahaya yang lain dan boleh mentaksahkan

kebenaran atau waranti. Jika anda percaya bateri atau pengecas rosak, bawanya ke pusat perkhidmatan untuk pemeriksaan

sebelum terus menggunakannya. Jangan sekali-kali menggunakan bateri atau pengecas yang rosak. Gunakan pengecas

dalam bangunan sahaja.