Nokia 603 - Maklumat bateri dan pengecas

background image

Maklumat bateri dan pengecas
Peranti anda bertujuan untuk digunakan dengan bateri boleh dicas semula BP-3L . Nokia mungkin membuat model bateri

tambahan tersedia untuk peranti ini. Sentiasa gunakan bateri asli Nokia.

Peranti ini bertujuan untuk digunakan apabila dibekalkan kuasa dari pengecas yang berikut: AC-10 atau AC-20 . Nombor

model pengecas Nokia yang tepat mungkin berbeza-beza bergantung pada jenis palam, yang dikenal pasti oleh E, X, AR, U,

A, C, K, B atau N.

Bateri boleh dicas dan dinyahcas beratus-ratus kali, tetapi lama kelamaan ia akan haus. Apabila masa bual dan masa siap

sedia nyata lebih pendek dari biasa, gantikanlah bateri.

Penting: Masa bual dan masa siap sedia hanya anggaran. Masa sebenar dipengaruhi oleh, contohnya, keadaan rangkaian,

tetapan peranti, ciri yang digunakan, keadaan bateri, dan suhu.