Nokia 603 - Jaga peranti anda

background image

Jaga peranti anda
Kendalikan peranti anda, bateri, pengecas dan aksesorinya dengan cermat. Cadangan yang berikut membantu anda

melindungi perlindungan waranti anda.

Pastikan peranti ini sentiasa kering. Pemendakan, kelembapan, dan semua jenis cecair atau lembapan mungkin

mengandungi mineral-mineral yang menghakis litar elektronik. Jika peranti anda menjadi basah, keluarkan baterinya,

dan biarkan peranti kering.

Jangan gunakan atau simpan peranti di tempat yang berhabuk dan kotor. Bahagian yang bergerak dan komponen

elektroniknya boleh menjadi rosak.

Jangan simpan peranti pada suhu yang tinggi. Suhu tinggi boleh memendekkan hayat peranti, merosakkan bateri, dan

meledingkan atau mencairkan plastik.

Jangan simpan peranti dalam suhu yang sejuk. Apabila peranti memanas kembali kepada suhu normalnya, lembapan

boleh terbentuk di dalam peranti dan merosakkan litar elektronik.

Jangan cuba membuka peranti ini dengan cara yang lain daripada yang diarahkan dalam panduan pengguna.

Pengubahsuaian yang tidak diluluskan boleh merosakkan peranti ini dan melanggar peraturan yang mentadbir peranti

radio.

Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini. Pengendalian kasar boleh memecahkan papan litar dalaman dan

kefungsian mekanikal.

Hanya gunakan kain yang lembut, bersih, kering untuk membersihkan permukaan peranti.

Jangan cat peranti ini. Cat boleh menyebabkan bahagian yang boleh digerakkan menjadi tersendat dan menghalang

operasi sempurna.

Matikan peranti dan keluarkan bateri dari semasa ke semasa untuk mendapatkan prestasi yang optimum.

Jauhkan peranti anda daripada magnet atau medan magnet.

Untuk memastikan data penting anda selamat, simpannya di sekurang-kurangnya dua tempat berasingan, seperti

peranti anda, kad memori, atau komputer, atau tulis maklumat penting.

Semasa pengendalian berlanjutan, peranti mungkin berasa panas. Dalam kebanyakan kes, ini adalah biasa. Jika anda

mengesyaki peranti tidak berfungsi dengan betul, bawa peranti ke kemudahan perkhidmatan sah yang terdekat.