Nokia 603 - Mengenai Pengurusan Hak Digital

background image

Mengenai Pengurusan Hak Digital
Apabila menggunakan peranti ini, patuhi semua undang-undang dan hormati adat tempatan, privasi dan hak-hak sah orang

lain termasuk hak cipta. Perlindungan hak cipta boleh menghalang anda daripada menyalin, mengubah suai, atau

memindahkan foto, muzik dan kandungan lain.

Pemilik kandungan mungkin menggunakan teknologi perlindungan hak digital (DRM) yang berbeza untuk melindungi harta

intelektual mereka, termasuk hak cipta. Peranti ini menggunakan pelbagai jenis perisian DRM untuk mengakses kandungan

yang dilindungi DRM. Dengan peranti ini anda boleh mengakses kandungan yang dilindungi dengan WMDRM 10 dan OMA

DRM 2.0. Jika perisian DRM tertentu gagal untuk melindungi kandungan, pemilik kandungan boleh meminta keupayaan

perisian DRM sedemikian bagi mengakses kandungan dilindungi DRM yang baru dibatalkan. Pembatalan juga mungkin

menghalang pembaharuan kandungan dilindungi DRM sedemikian yang sedia ada dalam peranti anda. Pembatalan perisian

DRM sedemikian tidak menjejaskan penggunaan kandungan yang dilindungi dengan jenis DRM yang lain atau penggunaan

kandungan yang tidak dilindungi DRM.

128 Maklumat produk dan keselamatan

background image

Kandungan pengurusan hak digital (DRM) yang dilindungi disediakan dengan lesen berkaitan yang mentakrifkan hak anda

untuk menggunakan kandungan tersebut.

Jika peranti anda mempunyai kandungan yang dilindungi OMA DRM, untuk membuat sandaran lesen dan juga kandungan,

gunakan ciri sandaran Nokia Suite.

Kaedah pemindahan lain mungkin tidak memindahkan lesen yang perlu dipulihkan dengan kandungannya agar anda boleh

terus menggunakan kandungan yang dilindungi OMA DRM selepas memori peranti diformat. Anda juga mungkin perlu

menyimpan semula lesen sekiranya fail pada peranti anda menjadi rosak.

Jika peranti anda mempunyai kandungan yang dilindungi WMDRM, lesen dan juga kandungan hilang jika memori peranti

diformatkan. Anda juga mungkin kehilangan lesen dan kandungan jika fail pada peranti anda menjadi rosak. Kehilangan lesen

atau kandungan boleh mengehadkan kebolehan anda untuk menggunakan kandungan yang sama pada peranti anda lagi

sekali. Hubungi pembekal khidmat anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sesetengah lesen mungkin disambungkan kepada kad SIM yang tertentu, dan kandungan yang dilindungi boleh diakses

hanya jika kad SIM dimasukkan dalam peranti.