Alat perubatan yang diimplan
Pengilang alat perubatan menyarankan bahawa pemisahan minimum sebanyak 15.3 sentimeter (6 inci) dikekalkan antara
peranti wayarles dan alat perubatan yang diimplan, seperti perentak jantung atau kardioverter defibrilator yang diimplan,
untuk mengelakkan gangguan yang mungkin berlaku dengan alat perubatan tersebut. Orang yang memiliki peranti
sedemikian hendaklah:
•
Sentiasa pastikan peranti wayarles berada lebih daripada 15.3 sentimeter (6 inci) dari alat perubatan.
130 Maklumat produk dan keselamatan
•
Jangan bawa peranti wayarles dalam kocek dada.
•
Pegang peranti wayarles pada telinga yang bertentangan dengan alat perubatan.
•
Matikan peranti wayarles jika terdapat sebarang sebab untuk mengesyaki gangguan sedang berlaku.
•
Ikut arahan pengilang untuk alat perubatan yang diimplan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai penggunaan peranti wayarles dengan alat perubatan yang diimplan, rujuk
penyedia jagaan kesihatan anda.