Buat panggilan kecemasan
1
Pastikan peranti dihidupkan.
2
Semak untuk kekuatan isyarat yang mencukupi. Anda juga mungkin perlu melakukan perkara yang berikut:
•
Masukkan kad SIM ke dalam peranti.
•
Matikan pengehadan panggilan dalam peranti anda, seperti sekatan panggilan, dailan tetap, atau kumpulan
pengguna terhad.
•
Pastikan profil luar talian atau profil penerbangan tidak dihidupkan.
•
Jika skrin dan kekunci peranti telah dikunci, buka kuncinya.
3
Tekan kekunci tamat berulang kali, sehingga skrin utama dipaparkan.
4
Untuk membuka pendail, pilih
.
5
Taipkan nombor kecemasan rasmi bagi lokasi semasa anda. Nombor panggilan kecemasan berbeza-beza mengikut
lokasi.
6
Tekan kekunci panggil .
7
Berikan semua maklumat yang diperlukan seberapa tepat yang mungkin. Jangan tamatkan panggilan sehingga
dibenarkan berbuat demikian.
Apabila anda menghidupkan peranti anda untuk kali pertama, anda akan diminta untuk membuat akaun Nokia anda. Untuk
membuat panggilan kecemasan semasa persediaan akaun, tekan kekunci panggil.
Penting: Aktifkan panggilan selular dan internet, jika peranti anda menyokong panggilan internet. Peranti mungkin cuba
membuat panggilan kecemasan menerusi rangkaian selular dan melalui pembekal khidmat panggilan internet anda.
Sambungan dalam semua keadaan tidak dijamin. Jangan bergantung semata-mata kepada sebarang peranti wayarles untuk
komunikasi penting seperti kecemasan perubatan.