Nokia 603 - Kenderaan

background image

Kenderaan
Isyarat radio mungkin menjejaskan sistem elektronik yang tidak dipasang dengan betul atau yang tidak dilindungi

secukupnya di dalam kenderaan bermotor seperti pancit bahan api elektronik, sistem brek elektronik antikelincir (antikunci),

sistem kawalan kelajuan elektronik, dan sistem beg udara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, semak dengan pengilang

kenderaan anda atau pengilang peralatannya.

Hanya kakitangan yang berkelayakan yang harus memasang peranti di dalam kenderaan. Pemasangan atau servis yang tidak

betul mungkin berbahaya dan mungkin mentaksahkan jaminan anda. Sentiasa jalankan pemeriksaan untuk memastikan

bahawa semua peralatan peranti wayarles dalam kenderaan anda dilekapkan dan beroperasi dengan betul. Jangan simpan

atau bawa sebarang cecair mudah bakar, gas atau bahan letupan dalam ruang yang sama dengan peranti, bahagian-

bahagiannya atau aksesori. Ingat bahawa beg udara mengembung dengan daya yang kuat. Jangan letakkan peranti atau

aksesori anda di kawasan pengembangan beg udara tersebut.