Nokia 603 - Maklumat pensijilan (SAR)

background image

Maklumat pensijilan (SAR)
Peranti mobil ini memenuhi garis panduan antarabangsa bagi pendedahan kepada gelombang radio.

Peranti mudah alih anda adalah sebuah pemancar dan penerima radio. Ia direka untuk tidak melebihi had pendedahan kepada

gelombang radio yang disarankan oleh garis panduan antarabangsa. Garis panduan ini dihasilkan oleh pertubuhan saintifik

ICNIRP dan merangkumi margin keselamatan yang direka bentuk bagi memastikan keselamatan semua orang, tidak kira usia

dan kesihatan.

Garis panduan pendedahan bagi peranti-peranti mudah alih menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar

Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate) atau SAR. Had SAR yang dinyatakan di dalam garis panduan ICNIRP adalah

2.0 watts/kilogram (W/kg) dipuratakan kepada sepuluh gram tisu. Ujian bagi SAR yang dijalankan menggunakan kedudukan

operasi biasa dengan peranti memancar pada aras kuasa yang disahkan tertinggi dalam semua jalur frekuensi yang diuji.

Paras SAR sebenar bagi peranti yang beroperasi mungkin adalah jauh di bawah nilai maksimum kerana peranti direka bentuk

untuk menggunakan hanya kuasa yang diperlukan untuk mencapai rangkaian. Jumlahnya berubah bergantung kepada

beberapa faktor seperti sejauh mana jarak anda dengan stesen pangkalan rangkaian.

Nilai SAR tertinggi mengikut garis panduan ICNIRP untuk penggunaan peranti ini di telinga ialah 0.98 W/kg .

Penggunaan aksesori peranti boleh menghasilkan nilai-nilai SAR yang berbeza-beza. Nilai SAR mungkin berubah-ubah

bergantung kepada keperluan laporan kebangsaan dan pengujian dan jalur rangkaian. Maklumat SAR tambahan boleh

diberikan di bawah maklumat produk di www.nokia.com.