Nokia 603 - Persekitaran beroperasi

background image

Persekitaran beroperasi
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan frekuensi radio dalam kedudukan biasa pada telinga atau sekurang-

kurangnya 2.2 sentimeter (7/8 inci) jauh daripada badan. Sebarang sarung pembawa, klip tali pinggang atau pemegang yang

dipakai pada badan tidak seharusnya mengandungi logam dan peranti hendaklah diletakkan sejauh jarak yang disebut di

atas daripada badan.

Untuk menghantar fail data atau mesej memerlukan sambungan yang bermutu kepada rangkaian. Fail data atau mesej

mungkin tertunda sehingga sambungan demikian terdapat. Ikut arahan jarak pemisahan sehingga penghantaran selesai.

Sebahagian daripada peranti ini adalah bermagnet. Bahan-bahan logam boleh tertarik pada peranti ini. Jangan letakkan kad

kredit atau media storan bermagnet lain berdekatan dengan peranti, kerana maklumat yang tersimpan padanya mungkin

boleh terpadam.

Maklumat produk dan keselamatan 131