Nokia 603 - Persekitaran di mana letupan boleh berlaku

background image

Persekitaran di mana letupan boleh berlaku
Matikan peranti anda dalam sebarang kawasan di mana letupan boleh berlaku, contohnya berhampiran pam minyak di stesen

minyak. Percikan api di kawasan tersebut boleh menyebabkan letupan atau kebakaran yang boleh menyebabkan kecederaan

atau kematian. Patuhi sekatan di stesen minyak, kawasan penyimpanan dan pengagihan, loji kimia atau tempat operasi

letupan sedang dijalankan. Kawasan yang mempunyai suasana potensi mudah meletup kerap, tetapi tidak sentiasa, ditanda

dengan jelas. Ini termasuk kawasan tempat anda dinasihatkan untuk mematikan enjin kenderaan anda, di bahagian bawah

dek kapal, pemindahan bahan kimia atau kemudahan penyimpanan dan tempat di mana udara mengandungi bahan kimia

atau partikel seperti bijirin, habuk atau serbuk logam. Anda hendaklah memeriksa dengan pengilang kenderaan yang

menggunakan gas petroleum cair (seperti propana atau butana) untuk menentukan sama ada peranti ini boleh digunakan

dengan selamat di kawasan persekitarannya.