Nokia 603 - Mengenai Exchange ActiveSync

background image

Mengenai Exchange ActiveSync

Pilih >

Mel

dan

Peti mel baru

>

Exchange ActiveSync

.

Adakah anda ingin mendapatkan mel, kenalan dan kalendar anda dengan mudah,

sama ada anda duduk di komputer anda atau semasa bergerak menggunakan telefon

anda? Anda boleh menyegerakkan kandungan penting antara telefon anda dan

pelayan Mail for Exchange.

Mail for Exchange hanya boleh disediakan jika syarikat anda mempunyai pelayan

Microsoft Exchange. Selain daripada itu, pentadbir IT syarikat anda mesti

mengaktifkan Microsoft Exchange ActiveSync untuk akaun anda.

Peranti ini dapat berkomunikasi dengan pelayan yang didayakan Microsoft Exchange

ActiveSync. Peruntukkan peranti ini kepada anda tidak memberi anda, atau anda tidak

menerima, sebarang hak di bawah sebarang harta intelektual Microsoft berhubungan

dengan sebarang perisian pelayan, atau peranti pelayan, yang diakses menggunakan

peranti ini atau berhubungan dengan penggunaan Microsoft Exchange ActiveSync

selain daripada peranti ini.

Sebelum mula menyediakan Mail for Exchange, pastikan anda mempunyai yang

berikut:

Alamat mel korporat

Nama pelayan Exchange anda (hubungi jabatan IT syarikat anda)

Nama domain rangkaian anda (hubungi jabatan IT syarikat anda)

Kata laluan rangkaian pejabat anda

Bergantung kepada tatarajah pelayan Exchange syarikat, anda mungkin perlu

memasukkan maklumat tambahan. Jika anda tidak tahu maklumat yang betul,

hubungi jabatan IT syarikat anda.

Dengan Mail for Exchange, penggunaan kod kunci telefon mungkin mandatori.

Penyegerakan berlaku secara automatik dalam jarak waktu yang ditentukan apabila

menyediakan akaun Mail for Exchange. Hanya kandungan ditentukan semasa

menyediakan akaun disegerakkan. Untuk menyegerakkan kandungan tambahan,

ubah suai tetapan Mail for Exchange.