
Masukkan kad SIM
Penting: Peranti ini direka bentuk untuk digunakan dengan kad SIM mini-UICC,
turut dikenali sebagai kad mikro SIM sahaja. Kad mikro SIM adalah lebih kecil daripada
Memulakan
7

kad SIM standard. Penggunaan kad SIM yang tidak serasi boleh merosakkan kad atau
peranti dan boleh merosakkan data yang disimpan pada kad.
Jangan letak sebarang pelekat pada kad SIM anda.
1 Pastikan telefon dimatikan.
2 Letakkan kuku jari anda di dalam ruang pada hujung kanan penutup belakang, dan
berhati-hati semasa mengangkat dan mengeluarkan penutup.
3 Jika bateri dimasukkan, angkatnya keluar.
4 Pastikan kawasan sesentuh kad menghala ke bawah dan masukkan kad SIM.
8
Memulakan

5 Selarikan sesentuh bateri, masukkan bateri dan gantikan penutup belakang.
Keluarkan kad SIM
1 Matikan telefon.
2 Tanggalkan penutup belakang.
3 Keluarkan bateri, jika dimasukkan.
4 Letakkan kuku jari anda dalam slot di atas kad SIM, tekan kad SIM ke arah hujung
bawah telefon, dan keluarkan kad.