Nokia 603 - Mengenai NFC

background image

Mengenai NFC
Near Field Communication (NFC) membuatkan sambungan dan perkongsian mudah

dan menyeronokkan. Telefon dan aksesori Nokia yang menyokong NFC disambung

tanpa wayar apabila anda menyentuhnya bersama.

Dengan NFC, anda boleh:

Kongsi kandungan yang anda buat antara dua telefon yang serasi yang

menyokong NFC.

Sambung ke aksesori Bluetooth serasi yang menyokong NFC, seperti alat dengar

atau pembesar suara wayarles.

Bayar dengan telefon anda, jika disokong oleh pembekal khidmat rangkaian anda.

Sentuh tag untuk mendapatkan lebih banyak kandungan untuk telefon anda atau

mengakses perkhidmatan dalam talian.

Main permainan berbilang pemain melawan pemilik telefon serasi yang lain yang

menyokong NFC.

Kawasan NFC berada di belakang telefon anda, di sekeliling kamera. Sentuh telefon,

aksesori atau pembaca lain dengan kawasan NFC.

Memulakan

17

background image

Anda boleh menggunakan NFC semasa skrin telefon dihidupkan. Anda mungkin dapat

membayar atau menggunakan telefon anda sebagai tiket walaupun apabila telefon

anda dikunci, bergantung pada pembekal khidmat anda.

Untuk maklumat selanjutnya, tonton video tutorial NFC pada telefon anda.

Petua: Anda boleh memuat turun lebih banyak kandungan yang disokong oleh NFC

daripada Kedai Nokia.