Salin kenalan atau foto dari telefon lama anda
Hendak menyalin maklumat penting daripada telefon Nokia terdahulu anda dan mula
menggunakan telefon baru anda dengan cepat? Gunakan aplikasi Tukar telefon untuk
menyalin, contohnya, kenalan, entri kalendar dan foto anda ke telefon baru anda,
secara percuma.
Telefon terdahulu anda perlu menyokong Bluetooth.
1 Pilih >
Tetapan
>
Kesambungan
>
Pemindahan data
>
Tukar telefon
.
2 Pilih telefon lama anda daripada senara, kemudian pasangkan telefon. Bluetooth
perlu diaktifkan pada kedua-dua telefon.
3 Jika telefon lain memerlukan kod laluan, taipkan kod laluan dalam kedua-dua
telefon.
Kod laluan adalah untuk sambungan semasa sahaja dan anda boleh
menentukannya sendiri. Kod laluan dalam beberapa telefon ditetapkan. Untuk
maklumat lanjut, lihat panduan pengguna telefon lain.
4 Pilih perkara yang anda ingin salin, kemudian pilih
OK
.
Memulakan
15
Jika telefon Nokia terdahulu anda tidak mempunyai aplikasi Tukar telefon, telefon
baru anda menghantarnya dalam mesej menggunakan Bluetooth. Untuk memasang
aplikasi, buka mesej dalam telefon terdahulu anda, kemudian ikuti arahan yang
dipaparkan pada telefon.
Petua: Anda boleh juga menggunakan aplikasi Tukar telefon wizard Tetapan untuk
menentukan tetapan.