Nokia 603 - Tindakan skrin sentuh

background image

Tindakan skrin sentuh
Untuk menggunakan telefon anda, ketuk atau ketuk dan tahan skrin sentuh.

Penting: Elakkan daripada mencalarkan skrin sentuh. Jangan sekali-kali gunakan

pen, pensel atau objek tajam yang lain pada skrin sentuh.

Buka aplikasi atau item
Ketuk aplikasi atau item.

Ketuk dan tahan untuk melihat lagi pilihan
Letakkan jari anda atas item sehingga menu dibuka.

Contoh: Untuk menghantar kad kenalan atau memadam penggera, ketuk dan tahan

kenalan atau penggera, kemudian pilih pilihan yang anda inginkan.

20

Penggunaan asas

background image

Seret item
Ketuk dan tahan item, kemudian luncurkan jari anda pada skrin.

Contoh: Anda boleh menyeret item pada skrin utama atau semasa menyusun semula

menu utama.

Sapu
Letakkan jari anda pada skrin, kemudian luncurkannya dalam arah yang anda inginkan.

Contoh: Untuk beralih ke skrin utama lain, sapu ke kiri atau kanan.

Untuk menatal cepat menerusi senarai atau menu yang panjang, luncurkan jari anda

dengan cepat ke atas atau bawah skrin, kemudian, angkat jari anda. Untuk berhenti

menatal, ketuk skrin.

Penggunaan asas

21

background image

Zum masuk atau keluar
Letakkan dua jari pada item, seperti peta, foto atau halaman web, kemudian luncurkan

jari anda berjauhan atau bersama.

Petua: Anda juga boleh mengetuk item dua kali.