Mengenai perisian telefon dan kemas kini aplikasi
Kekal ikuti perkembangan terbaru – kemas kini perisian dan aplikasi telefon anda
untuk mendapatkan ciri baru yang dipertingkatkan untuk telefon anda. Mengemas
kini perisian mungkin juga meningkatkan prestasi telefon anda.
Anda disarankan agar membuat sandaran data peribadi anda sebelum mengemas kini
perisian telefon anda.
Amaran:
Jika anda memasang kemas kini perisian, anda tidak boleh menggunakan peranti,
walaupun untuk membuat panggilan kecemasan, sehingga pemasangan selesai dan
peranti dihidupkan semula.
Menggunakan perkhidmatan atau memuat turun kandungan mungkin menyebabkan
pemindahan data yang banyak, yang mungkin mengakibatkan kos lalu lintas data.
116 Pengurusan telefon
Sebelum memulakan kemas kinian, sambung pengencas atau pastikan bateri peranti
mempunyai kuasa yang mencukupi.
Selepas kemas kini, arahan dalam panduan pengguna tidak lagi dikemas kini. Anda
boleh mendapatkan panduan pengguna yang dikemas kini di www.nokia.com/
support.