Nokia 603 - Mengenai Kedai Nokia

background image

Mengenai Kedai Nokia

Pilih >

Kedai

, kemudian daftar masuk ke akaun Nokia anda.

Tahukah anda bahawa anda boleh memperibadikan telefon anda dengan lebih banyak

aplikasi? Atau memuat turun permainan, juga secara percuma? Semak imbas Kedai

Nokia untuk mengetahui kandungan terkini yang direka bentuk secara khusus untuk

telefon anda.

Anda boleh memuat turun:

Permainan

Aplikasi

Video

Tema dan gambar latar

Nada dering

Anda juga boleh mendapatkan kandungan yang berkaitan dengan minat dan lokasi

anda.

Untuk memuat turun dari Kedai Nokia, anda memerlukan akaun Nokia.

Apabila anda mendaftar masuk, anda diberikan kandungan serasi dengan telefon

anda.

Anda boleh mencari dan memuat turun kandungan secara terus pada telefon mudah

alih anda, atau semak imbas Kedai Nokia pada komputer serasi anda dan menghantar

pautan ke kandungan pada telefon mudah alih anda sebagai mesej teks.

Beberapa item adalah percuma; yang lain anda perlu membayar menggunakan kad

kredit anda atau pada bil telefon anda.

Ketersediaan kaedah pembayaran bergantung pada negara tempat tinggal anda dan

pembekal khidmat rangkaian anda.

Untuk mengetahui selanjutnya mengenai Kedai Nokia, pergi ke www.nokia.com/

support.

38

Peribadikan dan Kedai Nokia