Gunakan telefon anda di luar talian
Di tempat anda tidak mahu membuat atau menerima panggilan, anda masih boleh
mengakses muzik, video dan permainan luar talian anda jika anda betukar ke profil
luar talian.
Tekan kekunci kuasa
, kemudian pilih
Aktifkan mod luar talian
.
Apabila profil luar talian diaktifkan, sambungan anda kepada rangkaian mudah alih
ditutup. Semua isyarat frekuensi radio di antara telefon dan rangkaian mudah alih
dihalang. Jika anda cuba menghantar mesej, ia diletakkan dalam folder Peti Keluar
dan hanya dihantar apabila anda bertukar ke profil lain.
Anda juga boleh menggunakan telefon anda tanpa SIM. Matikan telefon dan keluarkan
SIM. Apabila anda hidupkannya semula, profil luar talian diaktifkan.
Peribadikan dan Kedai Nokia
33
Penting: Dalam profil luar talian anda tidak boleh membuat atau menerima
sebarang panggilan, atau menggunakan ciri lain yang memerlukan liputan rangkaian
selular. Anda mungkin dapat memanggil nombor kecemasan rasmi yang
diprogramkan ke dalam peranti anda. Untuk membuat panggilan, anda hendaklah
bertukar ke profil lain terlebih dahulu.
Apabila profil luar talian diaktifkan, anda masih boleh menyambung ke rangkaian Wi-
Fi untuk, contohnya, membaca mel anda atau menyemak imbas pada internet. Anda
juga boleh menggunakan Bluetooth.
Jika NFC diaktifkan, ia turut diaktifkan dalam profil luar talian. Untuk menyahaktifkan
NFC, pilih >
Tetapan
dan
Kesambungan
>
NFC
, kemudian tukar
NFC
kepada
Tidak
aktif
.
Matikan telefon apabila penggunaan telefon mudah alih tidak dibenarkan atau apabila
ia boleh menyebabkan gangguan atau bahaya. Jangan lupa untuk mematuhi sebarang
keperluan keselamatan yang dikenakan.