Nokia 603 - Perihal profil

background image

Perihal profil

Pilih >

Tetapan

>

Profil

.

Menunggu panggilan tetapi tidak boleh membiarkan telefon anda berdering? Telefon

anda mempunyai pelbagai kumpulan tetapan yang dipanggil profil, di mana anda

boleh memperibadikan untuk peristiwa dan persekitaran berbeza. Anda juga boleh

membuat profil anda sendiri.

Anda boleh memperibadikan profil dengan cara berikut:

Tukar nada dering dan pemberitahuan mesej.

Tukar kelantangan nada dering dan nada kekunci.

Nada kekunci bisu dan nada amaran.

Aktifkan pemberitahuan getaran.

Tetapkan telefon untuk menyatakan nama kenalan yang memanggil.

Petua: Inginkan akses pantas ke profil? Menambah widget profil pada skrin utama.