Cari lokasi
Peta membantu anda mencari lokasi dan perniagaan tertentu.
Pilih >
Peta
dan .
1 Masukkan perkataan carian, seperti alamat jalan atau nama tempat.
2 Pilih item yang diinginkan daripada senarai padanan yang dicadangkan.
Lokasi dipaparkan pada peta.
Kembali ke senarai padanan yang dicadangkan
Pilih .
Petua: Dalam paparan carian, anda juga boleh memilih daripada senarai perkataan
carian terdahulu anda.
Cari jenis tempat berdekatan yang berbeza
Pilih
dan kategori, seperti penangkutan, penginapan, atau beli-belah.
Petua: Anda boleh menggunakan halaman butiran bagi lokasi yang ditemui supaya
mudah menavigasi ke tempat tersebut, untuk melihat maklumat kenalannya, atau
untuk menyimpan atau berkongsi lokasi. Pilih tempatnya dan tempat tersebut
dipaparkan pada peta. Untuk melihat halaman butiran, pilih kawasan maklumat di
bahagian atas skrin.
70
Peta
Jika tiada hasil carian ditemui, pastikan ejaan perkataan carian anda adalah betul.
Masalah dengan sambungan internet anda boleh juga menjejaskan hasil apabila
mencari dalam talian.
Jika anda mempunyai peta bagi kawasan yang dicari yang disimpan pada telefon anda,
untuk mengelakkan kos pemindahan data, anda boleh juga mendapatkan hasil carian
tanpa sambungan internet yang aktif, tetapi hasil carian mungkin terhad.