Nokia 603 - Mengenai kaedah penentududukan

background image

Mengenai kaedah penentududukan
Peta menunjukkan lokasi anda pada peta menggunakan GPS, A-GPS, Wi-Fi, atau

rangkaian (ID sel) berdasarkan penentududukan.

72

Peta

background image

A-GPS dan peningkatan lain untuk GPS mungkin memerlukan pemindahan jumlah kecil

data pada rangkaian selular.

GPS

Sistem penentududukan global (GPS) ialah sistem navigasi yang

menggunakan satelit untuk menentukan lokasi anda.

A-GPS

Perkhidmatan rangkaian GPS Dibantu (A-GPS) mengambil

maklumat lokasi dengan menggunakan rangkaian selular, dan

membantu GPS dalam mengira lokasi semasa anda.

Telefon anda disediakan untuk menggunakan perkhidmatan

Nokia A-GPS, melainkan pembekal khidmat rangkaian anda

mempunyai tetapan A-GPS tersendiri. Untuk mendapatkan data

bantuan ke telefon anda, anda perlu berupaya bersambung

kepada internet. Telefon anda mendapat data daripada

perkhidmatan hanya bila diperlukan.

Wi-Fi

Penentududukan Wi-Fi memperbaiki ketepatan penentududukan

apabila isyarat GPS tidak tersedia, terutama sekali apabila anda

di dalam bangunan atau di antara bangunan tinggi.

ID Sel

Dengan penentududukan berasaskan rangkaian (ID sel), Peta

mencari kedudukan anda menerusi sistem selular yang telefon

anda sedang disambungkan pada masanya.

Ketersediaan dan kualiti isyarat GPS mungkin terjejas akibat lokasi anda, kedudukan

satelit, bangunan, halangan semula jadi, keadaan cuaca dan pelarasan pada satelit

GPS yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat. Isyarat GPS mungkin tidak tersedia

di dalam bangunan atau di bawah tanah.

Jangan gunakan GPS untuk pengukuran lokasi yang tepat, dan jangan sekali-kali

bergantung sepenuhnya pada maklumat lokasi yang diberikan oleh GPS dan rangkaian

selular.

Bergantung pada kaedah penentududukan yang tersedia, ketepatan

penentududukan mungkin berbeza-beza dari beberapa meter hingga beberapa

kilometer.