Nokia 603 - Mengenai aplikasi Peta

background image

Mengenai aplikasi Peta
Peta menunjukkan anda apa yang dekat dan membantu anda untuk pergi ke mana

anda mahu pergi. Peta juga memberikan anda ramalan cuaca dan pautan kepada

panduan perjalanan terkini.

Mencari bandar, jalan, dan perkhidmatan menggunakan Peta.

Segerakkan lokasi dan laluan kegemaran antara telefon anda dan perkhidmatan

web Nokia Maps.

Cari laluan anda dengan arahan pusing demi pusingan menggunakan Pandu.

Dapatkan arah berjadual dari pintu ke pintu dengan menggabungkan mod

pengangkutan awam yang berlainan menggunakan Pengangkutan Awam.

Semak cuaca semasa dan ramalan untuk hari-hari akan datang, jika tersedia,

menggunakan Cuaca.

Dapatkan pautan kepada maklumat terkini mengenai apa yang hendak dilihat dan

dilakukan, di mana untuk bermalam atau bagaimana untuk menempah bilik

menggunakan Panduan.

Maklumat koordinat mungkin tidak tersedia di semua wilayah.

Sesetengah perkhidmatan mungkin tidak tersedia di semua negara, dan mungkin

disediakan dalam bahasa-bahasa terpilih sahaja. Perkhidmatan mungkin bergantung

pada rangkaian. Untuk maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda.

Menggunakan perkhidmatan atau memuat turun kandungan mungkin menyebabkan

pemindahan data yang banyak, yang mungkin mengakibatkan kos lalu lintas data.

Kandungan peta digital kadangkala boleh menjadi tidak tepat dan tidak lengkap.

Jangan bergantung semata-mata pada kandungan atau perkhidmatan ini untuk

komunikasi penting seperti dalam kecemasan.

Peta

63

background image

Sesetengah kandungan dijana oleh pihak ketiga dan bukan Nokia. Kandungan

mungkin tidak tepat dan tertakluk kepada ketersediaan.