Mengenai Sosial
Pilih >
Rang. Sosial
, kemudian daftar masuk ke perkhidmatan rangkaian sosial
yang anda gunakan.
Untuk mempertingkatkan pengalaman rangkaian sosial anda, gunakan aplikasi Rang.
Sosial. Semasa mendaftar masuk ke perkhidmatan rangkaian sosial melalui aplikasi
Rang. Sosial, anda boleh melakukan yang berikut:
•
Lihat kemas kini status rakan anda dari perkhidmatan berbilang di dalam satu
paparan
•
Siarkan kemas kini status anda sendiri pada perkhidmatan berbilang pada masa
yang sama
•
Kongsi foto yang anda ambil dengan kamera
•
Kongsi video yang anda rakam dengan telefon anda
•
Hubungkan profil rakan dalam talian anda kepada maklumat hubungan mereka
dalam telefon anda
•
Tambah acara dari kalendar perkhidmatan ke kalendar telefon anda
Hanya ciri yang disokong oleh perkhidmatan rangkaian sosial tersedia.
Anda memerlukan sokongan rangkaian untuk menggunakan perkhidmatan rangkaian
sosial. Ini mungkin melibatkan penghantaran jumlah data yang besar dan kos trafik
data yang berkaitan. Untuk mendapatkan maklumat mengenai caj penghantaran
data, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda.
Perkhidmatan rangkaian sosial adalah perkhidmatan pihak ketiga dan tidak diberikan
oleh Nokia. Periksa tetapan privasi perkhidmatan rangkaian sosial yang anda gunakan
kerana anda mungkin berkongsi maklumat dengan kumpulan orang ramai. Terma
penggunaan perkhidmatan rangkaian sosial dikenakan kepada perkongsian
maklumat pada perkhidmatan tersebut. Sesuaikan diri anda dengan terma
penggunaan dan amalan privasi perkhidmatan tersebut.