Mengenai panggilan Internet
Anda boleh membuat dan menerima panggilan pada internet. Perkhidmatan
panggilan internet mungkin menyokong panggilan antara komputer, antara telefon
mudah alih dan antara peranti VoIP dan telefon tradisional. Perkhidmatan panggilan
internet adalah perkhidmatan rangkaian.
Sesetengah pembekal perkhidmatan panggilan internet membenarkan panggilan
internet percuma. Untuk ketersediaan dan kos kesambungan, hubungi pembekal
khidmat panggilan internet anda.
Untuk membuat atau menerima panggilan internet, anda mesti berada dalam
kawasan perkhidmatan rangkaian Wi-Fi atau mempunyai sambungan data paket
(GPRS) dalam rangkaian 3G dan didaftar masuk kepada perkhidmatan panggilan
internet.
44
Telefon